Kawalan Anai-Anai Penang & Kedah

Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Anai-Anai

Walaupun kecil, anai-anai memainkan peranan penting sebagai ejen pengurai. Anai-anai baik untuk tanah kerana ia mengurai daun-daun kering, dan kayu mereput. Namun, di bendar anai-anai mempunyai reputasi buruk kerana memakan kayu yang merupakan bahan binaan bangunan. Ini menyebabkan kerosakan kepada bangunan dan kerugian yang besar.

Terdapat beberapa spesies utama anai-anai di Malaysia yang sering menyerang rumah dan bangunan. Namun anai-anai spesis Coptotermes sp. merupakan spesis yang dominan menyebabkan kerosakan.

Coptotermes sp merupakan anai-anai bawah tanah. Berbanding dengan anai-anai busut, sarang anai-anai bawah tanah lebih sukar dikesan kerana ia bersarang di bawah tanah.

Oleh sebab itu, penting untuk mengenalpasti spesis anai-anai sebelum melakukan rawatan supaya kawalan anai-anai berkesan. Di Entohygiene kami mempunyai ahli kaji serangga yang boleh memberikan perkhidmatan profesional di sekitar Penang, Kedah dan Perlis dalam membantu mencari dan mengenal pasti jenis koloni anai-anai.

 

Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Anai-Anai

1) Anai Anai Tidak Pernah Tidur

Anai-anai tidak pernah berehat. Mereka terus-menerus menyerang dan membina terowong untuk bergerak mencari sumber makanan.

2) Sayap Sementara Kelkatu

Kelkatu ialah anai-anai dalam kasta membiak. Kelkatu mudah tertarik kepada cahaya dan akan  menanggalkan sayap apabila telah bertemu pasangan. Tugas kelkatu ialah untuk membina koloni baharu.  Timbunan sayap kelkatu merupakan tanda kewujudan koloni anai-anai yang matang di kawasan berdekatan.

3) Jangka Hayat Ratu

Jangka hayatnya ratu anai-anai boleh mencapai sehingga 25 ke 50 tahun. Sepanjang hayatnya ratu anai-anai mampu bertelur sebanyak 20,000 hingga 30,000 sehari atau 10 juta dalam setahun.

4) Kerosakan yang ketara

Anai-anai menyebabkan dianggarkan lima bilion dolar kerosakan harta benda setiap tahun.

Punca Anai-Anai Masuk Rumah

Kebanyakan bangunan di kawasan Penang dan Kedah berpotensi untuk diserang kerana dibina di atas tanah gambut. Kawasan tanah gambut telah digunakan untuk pertanian seperti penanaman padi dan kelapa sawit. Secara semula jadi anai-anai sudah bertapak di kawasan ini.

Selain itu antara punca lain yang menggalakkan anai-anai menyerang ialah:

1) Kelembapan

Kayu dengan kandungan lembapan melebihi 20% menarik kehadiran anai-anai. Kelembapan mungkin berpunca dari paip bocor. Untuk mengelakkan anai-anai, anda harus segera membaiki kebocoran paip yang boleh menyebabkan kelembapan berlebihan di rumah anda.

2) Timbunan Kayu

Timbunan kayu atau daun-daun kering di halaman rumah boleh menjadi punca serangan anai-anai. Kayu merepu ini merupakan sumber makanan kepada anai-anai. Memastikan kawasan rumah anda bersih adalah untuk pencegahan serangan anai-anai dan makhluk perosak lain. Selain itu barangan seperti kertas, majalah, dan kotak lama perlu segera dilupuskan kerana ia berpotensi untuk menarik kehadiran anai-anai.

3) Pokok mati

Pokok mati dan tunggul kayu berhampiran juga mewujudkan keadaan yang kondusif untuk koloni anai-anai membiak. Alihkan atau tebang tunggul tersebut kerana ia berpotensi menjadi sarang anai-anai.

4) Kebocoran

Kebocoran pada bumbung, paip, tingkap dan di sekeliling rumah anda menggalakkan menyebabkan kelembapan meningkat. Segera baiki kebocoran untuk mencegah serangan anai-anai.

5) Sentuhan kayu ke tanah

Kayu yang bersentuhan dengan tanah lebih mudah untuk diserang. Wujudkan ruang kosong diantara perabot dan dinding untuk mengelakkan perabot kayu anda diserang.

Tanda Serangan Anai-Anai

Seperti makhluk perosak yang lain, koloni anai-anai akan bersembunyi supaya mudah membiak dan kehadiran mereka tidak disedari oleh manusia. Koloni anai-anai mungkin tidak dapat dikesan untuk beberapa waktu yang lama, malah berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Apabila anda melihat tanda-tanda serangan anai-anai, kemungkinan besar koloni anai-anai di kawasan tersebut telah lama. Antara tanda-tanda biasa serangan anai-anai ialah:

1) Bunyi Gemeretak

Walaupun kecil, anai-anai boleh mengeluarkan bunyi yang boleh didengar oleh manusia. Bunyi paling kuat yang dihasilkan oleh anai-anai ialah disebabkan hentakan kepala askar anai-anai, yang mana merupakan satu teknik untuk memberi isyarat bahaya kepada ahli koloni yang lain. Apabila anai-anai menghentakkan kepalanya, mereka mengetuk kepala mereka pada kayu atau permukaan lain yang menghasilkan apa yang kita dengar sebagai bunyi klik yang lembut. Bunyi ini boleh didengari apabila keadaan sunyi dan kebiasaannya pada waktu malam.

2) Kerosakan Pada Kayu

Anai-anai adalah pemusnah bangunan. Kesan serangan anai-anai boleh dilihat pada kayu-kayu yang telah dimakan. Kebanyakannya kayu akan berbunyi berongga kerana anai-anai menyerang dari dalam. Perubahan warna pada permukaan kayu seperti pudar dapat dilihat pada kayu yang telah dimakan anai-anai. Dalam serangan yang teruk, anda akan melihat keseluruhan bahagian kayu hilang, kerana koloni anai-anai yang besar boleh memakan sehingga satu kilogram kayu setiap hari.

Rawatan Anai-Anai di Penang dan Kedah

Pembasmian anai-anai untuk rumah atau perniagaan bermula dengan pemeriksaan lengkap oleh pakar kawalan anai-anai yang terlatih. Dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki, mereka dapat mengenalpasti spesis anai-anai dan lokasi serangan.

Untuk rawatan pembasmian anai-anai, Entohygiene menawarkan dua jenis kepada pemilik rumah atau perniagaan, iaitu, rawatan suntikan racun dalam tanah dan rawatan umpan:

1) Rawatan Suntikan Racun

Kaedah rawatan ini ialah menebuk lubang di sekeliling kawasan rumah dan racun yang terbukti berkesan akan dimasukkan di setiap lubang. Ini akan membentuk perlindungan menyeluruh di sekeliling rumah dari serangan anai-anai. Racun yang digunakan adalah gred berkualiti yang digunakan di seluruh dunia.

2) Rawatan Umpan Anai-Anai

Kaedah rawatan umpan, menggunakan sifat semulajadi anai-anai sendiri untuk menyebarkan umpan ke seluruh koloni. Hasilnya, seluruh koloni anai-anai dapat dimusnahkan. Racun yang digunakan akan disertanakan bersama umpan. Anai-anai akan tertarik untuk memakan umpan tersebut. Anai-anai mengambil umpan dan membawanya kembali ke koloni di dawah tanah dan menghapuskan semua anai-anai yang ada dalam proses itu.

Jaminan

Setiap perkhidmatan yang diberikan akan disertakan dengan tempoh jaminan dari kami. Kami komited untuk menyelesaikan masalah anai-anai yang dihadapi oleh pelanggan kami. Disebabkan kawalan makhluk perosak ini berurusan dengan makhluk hidup, ada kemungkinan untuk anai-anai kembali selepas rawatan. Jika anai-anai kembali semasa tempoh jaminan, kami akan kembali ke rumah atau perniagaan anda untuk melakukan rawatan tambahan tanpa kos tambahan. Kami juga menawarkan perkhidmatan rawatan berterusan untuk kawalan anai-anai proaktif. Untuk mengetahui berapa banyak kos rawatan kediaman atau komersial, hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga percuma!

Lindungi Rumah dan Keluarga Anda!

Serangan anai-anai perlu dikesan seawal mungkin supaya rawatan boleh dibuat segera. Apabila dibiarkan, semakin tinggi kos penyelenggaraan perabot rumah yang rosak perlu dibuat. Sebaiknya, hubungi syarikat penghapus serangga perosak seperti Entohygiene untuk atasi masalah kerosakan akibat anai-anai dengan lebih menyeluruh.

Di Entohygiene, kami menggunakan kaedah racun dan umpan anai-anai kerana teknik ini dijamin berkesan dan selamat sama ada semasa pra-pembinaan sesuatu bangunan atau ketika merawat rumah-rumah yang diserang anai-anai.

Kami telah merawat lebih 100 rumah dan kilang yang mengalami pelbagai masalah serangga perosak. Anda akan mendapat KEISTIMEWAAN tersebut melalui perkhidmatan Entohygiene:

  • Tidak perlu tebuk lantai
  • 100% berkesan
  • Waranti sehingga 3 bulan
  • Berpengalaman lebih 8 tahun dalam bidang serangga perosak

Kami sedia membantu anda menyelesaikan masalah anai-anai yang boleh membawa padah.

Related Posts

Scroll to Top