Adakah Umpan Anai-Anai Berkesan
Adakah Umpan Anai Anai Berkesan?
Anai-anai merupakan makhluk perosak yang memberikan masalah besar kepada manusia di seluruh dunia. Anai-anai boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada rumah dan perniagaan sekiranya tidak dirawat. Tambahan pula, masalah anai-anai sangat sukar untuk disingkirkan.
Kaedah sistem umpan anai-anai adalah kaedah yang paling mudah dan terbaik untuk menyelesaikan masalah anai-anai. Dalam penulisan blog ini, kita akan membincangkan kebaikan menggunakan sistem umpan anai-anai.
Apakah Itu Umpan Anai-Anai
Sistem umpan anai-anai menggunakan stesen umpan yang diletakkan di kawasan laluan anai-anai. Umpan ini diletakkan untuk memintas anai-anai mencari makan. Di Entohygiene, kami menggunakan sistem umpan Exterminate. Exterminate ialah umpan anai-anai yang terbukti berkesan dan digunakan secara menyeluruh di serata dunia.
Rawatan bermula apabila umpan akan dimasukkan ke dalam stesen dan diletakkan di kawasan anai-anai aktif. Umpan yang diperbuat dari bahan semulajadi akan menarik kehadiran anai-anai untuk memakan umpan beracun tersebut.
Bagaimana Umpan Anai-Anai Bertindak?
Antara soalan yang sering diterima ialah ‘Bagaimana umpan anai-anai bertindak?’ Sebelum memahami cara umpan bertindak anda perlu tahu beberapa fakta penting berkaitan anai-anai.
- Dalam koloni anai-anai, hanya anai-anai pekerja yang boleh memakan kayu dan kasta anai-anai yang lain (askar dan ratu) hanya menerima makanan dari anai-anai pekerja.
- Anai-anai askar tidak boleh memakan kayu kerana mempunyai rahang yang besar.
- Melalui proses pemakanan, racun akan tersebar ke seluruh koloni.
Umpan Exterminate mengandungi racun yang menghalang proses penyalinan kulit anai-anai. Ini menyebabkan pembesaran anai-anai terbantut dan mati kerana anai-anai yang membesar akan lemas di dalam kulit yang kecil.
Kenapa Umpan Anai-Anai Berkesan?
Umpan anai-anai berfungsi untuk membunuh anai-anai secara perlahan-lahan. Umpan yang diperbuat dari bahan selulosa (serbuk kayu) menarik koloni anai-anai untuk memakan umpan. Pada peringkat awal kita akan dapati umpan akan cepat habis dimakan.
Racun di dalam umpan berfungsi membantutkan permbesaran anai-anai menyebabkan kematian anai-anai. Secara tidak langsung selepas 2-4 minggu jumlah anai-anai di dalam koloni akan semakin mengurang dan menyebabkan kemusnahan keseluruhan koloni
Kebaikan Sistem Umpan Anai-Anai
Kaedah umpan anai-anai adalah kaedah yang sering digunakan untuk merawat anai-anai. Antara kelebihan kaedah umpan ialah:
1) Tidak Merosakkan Lantai Rumah
Berbanding dengan kaedah suntikan racun, dengan kaedah umpan anai-anai, pemilik rumah tidak perlu mengorbankan lantai yang cantic bermozek untuk menyelesaikan masalah anai-anai. Dengan kepakaran Juruteknik, Entohygiene akan mencari titik-titik yang sesuai untuk dipasang umpan.
2) Lebih Mesra Alam
Umpan anai-anai tidak membebaskan racun seperti kaedah lain kerana racun sudah sebati di dalam umpan. Umpan akan diletakkan di dalam kotak umpan untuk memudahkan anai-anai memakan umpan.
3) Kos Efektif
Kaedah rawatan menggunakan umpan lebih murah berbanding kaedah lain. Antara faktornya ialah tidak perlu tenaga kerja yang ramai seperti kaedah suntikan racun yang memerlukan beberapa orang pekerja untuk menebuk lubang dan mengendalikan peralatan.
Adakah Rumah Lama Berisiko Tinggi Diserang Anai-anai?
Kebiasaannya, rumah lama cenderung untuk diserang anai-anai. Antara sebabnya ialah rumah lama biasanya dibina dengan kayu dan menjadikannya sasaran mudah anai-anai. Di samping itu, kerana teknologi kawalan anai-anai kurang pada waktu dahulu, rumah lama biasanya dibina dengan kayu yang tidak dirawat. Malah kayu yang keras seperti kayu jati juga boleh kehilangan keberkesanan dengan peredaran masa dan cuaca menyebabkan mudah untuk diserang anai-anai.
Selain itu, masalah paip bocor dan bumbung bocor boleh menyebabkan masalah utama kelembapan di dalam rumah. Kawasan yang lembap di dalam rumah dapat menarik perhatian serangga dan meningkatkan risiko serangan anai-anai.
Di samping itu kesan keretakan pada dinding dalaman dan luaran juga menjadi punca akses anai-anai ke dalam rumah. Lubang yang kecil di celahan dinding sudah cukup untuk menjadi laluan anai-anai.
Cara Mudah Untuk Mengelakkan Serangan Anai-Anai Dari Merebak
Serangan anai-anai sukar dikesan dan tanda serangan hanya dapat dilihat apabila kerosakan telah berlaku. Sekiranya anda telah menemui kehadiran anai-anai dalam perabot atau di sekitar rumah anda, kami cadangkan anda menggunakan cara mudah ini untuk mengelakkan anai-anai daripada merebak
1) Kurangkan Kelembapan Berlebihan Dan Baiki Paip Sekiranya Ada Kebocoran
Kelembapan menarik kehadiran pelbagai jenis serangga perosak, termasuk anai-anai. Untuk mengelakkan anai-anai, anda harus segera membaiki kebocoran paip yang boleh menyebabkan kelembapan berlebihan di rumah anda.
2) Pastikan Barangan Dalam Rumah Teratur Dan Tidak Menimbun
Memastikan rumah anda teratur adalah antara langkah yang penting kerana ia akan memudahkan anda dan pihak kawalan anai-anai profesional memeriksa dan merawat serangan anai-anai dan serangga lain. Barangan seperti kertas, majalah, dan kotak lama perlu segera dilupuskan kerana ia berpotensi untuk menarik kehadiran anai-anai.
3) Dapatkan Bantuan Pakar
Pertimbangkan untuk menjadualkan pemeriksaan profesional anai-anai setiap tahun. Pakar kawalan anani-anai telah berpengalaman dan dapat melakukan pemeriksaan dengan lebih teliti di kawasan-kawasan yang berpotensi untuk serangan anai-anai.
Lindungi Rumah dan Keluarga Anda!
Serangan anai-anai perlu dikesan seawal mungkin supaya rawatan boleh dibuat segera. Apabila dibiarkan, semakin tinggi kos penyelenggaraan perabot rumah yang rosak perlu dibuat. Sebaiknya, hubungi syarikat penghapus serangga perosak seperti Entohygiene untuk atasi masalah kerosakan akibat anai-anai dengan lebih menyeluruh.
Di Entohygiene, kami menggunakan kaedah racun dan umpan anai-anai kerana teknik ini dijamin berkesan dan selamat sama ada semasa pra-pembinaan sesuatu bangunan atau ketika merawat rumah-rumah yang diserang anai-anai.
Kami telah merawat lebih 100 rumah dan kilang yang mengalami pelbagai masalah serangga perosak. Anda akan mendapat kelebihan tersebut melalui perkhidmatan Entohygiene:
- Tidak perlu tebuk lantai
- 100% berkesan
- Waranti sehingga 3 bulan
- Berpengalaman lebih 8 tahun dalam bidang serangga perosak
Kami sedia membantu anda menyelesaikan masalah anai-anai yang boleh membawa padah.