10 CARA ATASI MASALAH ANAI-ANAI DI RUMAH DENGAN KAEDAH TRADISIONAL DAN MODEN
Kesan Serangan Anai-Anai
Pernah tak terfikir, suatu hari kita sedang tidur di bilik tiba-tiba terdengar bunyi yang sangat kuat di bilik anak. Apabila kita tiba di biliknya, kelihatan bumbung runtuh dan itulah kali terakhir kita melihat si anak. Puncanya anai-anai memakan kayu di bumbung sehingga tidak mampu lagi menahan atap yang berat.
Pada tahun 2017, seorang wanita hamil yang sarat mengandung anak perempuannya maut ditimpa rak kasut yang dipasang di dinding. Bila disiasat, rupanya berpunca daripada anai-anai yang telah memakan rak tersebut sehingga lekang dan akhirnya meragut nyawa si ibu dan anak.
Anai-anai bukan masalah kecil yang boleh dipandang sebelah mata. Jika terus dibiarkan, mungkin situasi di atas akan berlaku kepada kita. Maka, pastikan hasil penat lelah kita untuk dapatkan rumah sendiri tidak berakhir dengan tragedi menyayat hati kerana rumah itu tujuannya untuk berteduh dan menyelamatkan, bukan sebaliknya.
Tanda Rumah dan Perabot Anda Sudah Dimakan Anai-anai
Anai-anai memakan kayu kerana ia mengandungi cellulose. Kebiasaannya manusia atau haiwan tidak dapat mencerna cellulose kerana tidak mempunyai enzim yang diperlukan dan struktur cellulose yang kompleks. Namun di dalam perut anai-anai terdapat bakteria dan protozoa yang membantu pencernaan cellulose untuk menukarkannya sebagai nutrisi dalam bentuk glukosa yang diperlukan oleh anai-anai tersebut.
Apabila kayu di dalam rumah atau perabot anda sedang dimakan anai-anai, perabot kayu akan mula bertukar warna. Begitu juga dengan lantai kayu yang menjadi coklat gelap kekuningan. Serpihan kulit kayu mula bertaburan merata-rata serta bahagian dalam kayu seperti pintu, almari atau tanggam bumbung menjadi kosong dan reput.
Ketika inilah anda perlu berhati-hati dan bertindak cepat untuk atasi masalah anai-anai, kerana mungkin nyawa penghuni rumah anda sedang dalam bahaya.
Daya Tarik Anai-anai Terhadap Rumah Anda
Anai-anai tertarik pada kawasan yang lembab kerana mereka perlukan air untuk teruskan kehidupan. Air bukan sahaja penting untuk tujuan hidrasi, tetapi juga elemen penting untuk pencernaan kayu di dalam perutnya.
Kawasan lembab berpunca daripada masalah paip bocor, kelemahan sistem saliran, atap dimasuki hujan atau tiada waterproofing semasa proses pembinaan rumah. Hal ini menyebabkan kelembapan tanah dan kayu di dalam rumah meningkat, sekaligus menjadi tempat kegemaran untuk pembiakan anai-anai.
Macam mana anai-anai boleh masuk ke dalam rumah? Melalui rekahan-rekahan dinding dan celahan ruang yang terdapat di sekeliling rumah. Maka, semua ini boleh menjadi daya tarik anai-anai datang ‘bercuti’ di rumah anda untuk mengenyangkan mereka tetapi mengancam nyawa anda sekeluarga.
Cara Menghapuskan Anai-anai
Berikut adalah cara-cara yang anda boleh lakukan untuk menghapuskan anai-anai. Anda boleh pilih mengikut kemampuan sama ada yang melibatkan kos yang tinggi, sederhana atau rendah.
1. Racun Anai-anai
Racun anai-anai digunakan dengan meluas untuk hasilkan penghadang kimia dalam struktur bangunan atau rumah. Selalunya racun ini disuntik masuk ke dalam tanah di sekeliling tapak rumah, sekaligus mewujudkan zon yang menghalang laluan anai-anai.
Menariknya dalam formula racun anai-anai moden mengandungi bahan yang tidak menghalau anai-anai kerana mereka tidak dapat mengesannya. Sebaliknya, racun itu akan melekat di badan anai-anai lalu merebak dalam sarangnya.
2. Umpan Anai-anai
Umpan anai-anai moden akan diletakkan di tempat-tempat strategik yang mempunyai potensi tinggi laluan anai-anai. Umpan ini mengandungi bahan cellulose yang merupakan makanan kegemaran anai-anai, namun ia juga mengandungi toksik yang akan membunuh anai-anai secara perlahan.
Anai-anai akan memakan umpan tersebut dan berkongsi sesama koloninya di dalam sarang. Sedikit demi sedikit, seluruh koloni akan dihapuskan sepenuhnya. Cara ini mempunyai kelebihan dari segi penggunaan bahan kimia yang minimum.
Rawatan Semburan Anai-Anai
3. Pengasapan (Fumigation)
Kaedah pengasapan tradisional melibatkan pemasangan khemah di sekeliling bangunan yang terjejas dan melepaskan asap yang membunuh anai-anai seperti gas Vikane. Gas ini meresap masuk ke dalam kayu-kayu dan bahan lain, sekaligus menghapuskan anai-anai. Pengasapan merupakan kaedah yang sangat berkesan namun memerlukan perkhidmatan professional serta turut melibatkan pemindahan sementara.
Kaedah 1-3 merupakan cara yang paling berkesan dan sering digunakan oleh perkhidmatan pest control. Kaedah ini turut disokong oleh kajian-kajian akademik dalam memastikan penghapusan anai-anai dilakukan dengan efektif dan selamat.
4. Renjatan Elektrik
Antara kaedah moden yang terlibat dalam menghapuskan anai-anai adalah alat khas yang menyalurkan elektrik bervoltan tinggi melalui laluan anai-anai. Arus elektrik itu akan merenjat mana-mana anai-anai yang bersentuhan dengan laluan tersebut dan mengganggu komunikasi mereka secara keseluruhan.
5. Rawatan Haba
Rawatan haba moden melibatkan kenaikan suhu yang membunuh anai-anai di kawasan yang terjejas. Alat-alat khas digunakan untuk panaskan kawasan tertentu dan menghapuskan semua peringkat kehidupan anai-anai dengan efektif, termasuk telur dan nimfa. Kaedah ini amat mesra alam kerana tiada bahan kimia yang digunakan.
6. Nematoda
Cacing daripada keluarga nematoda yang bersaiz mikro merupakan pemangsa semula jadi anai-anai. Cacing-cacing ini dimasukkan ke dalam tanah di sekeliling kawasan yang terjejas dengan serangan anai-anai. Nematoda ini akan masuk ke dalam badan anai-anai lalu membiakkan bakteria yang akan membunuh mereka. Kaedah ini juga mesra alam dalam usaha menghapuskan anai-anai.
7. Rawatan Gelombang Mikro
Kaedah moden teknologi gelombang mikro boleh digunakan untuk panaskan kawasan yang terjejas dengan anai-anai. Gelombang mikro ini mensasarkan kayu yang dalam untuk menghapuskan anai-anai dengan berkesan. Kaedah ini tepat dan tidak bersifat invasif.
8. Minyak Oren
Dibuat daripada ekstrak kulit oren, minyak oren mengandungi kompaun d-limonene yang merupakan toksik bagi anai-anai. Ia boleh dimasukkan secara terus ke dalam laluan anai-anai untuk dihapuskan. Kaedah ini juga mesra alam, tetapi lebih sesuai di kawasan yang terjejas sahaja seperti pintu, perabot kayu, tanggam kayu, dan lain-lain.
9. Asid Borik
Kaedah tradisional dan semula jadi, asid borik diaplikasikan dalam bentuk debu atau cecair di kayu atau tanah. Anai-anai yang termakan asid borik akan mengalami gangguan system pencernaan dan akhirnya membunuh mereka. Kaedah ini selamat untuk manusia, tetapi berisiko terhadap haiwan peliharaan di rumah.
10. Pengedapan dan Pemulihan
Kedua-dua kaedah moden atau tradisional perlu diiringi dengan pemulihan kawasan yang rosak dan penutupan laluan anai-anai. Langkah pencegahan yang sangat penting termasuklah mengurangkan kelembapan dalam kawasan rumah dan memastikan pengudaraan yang baik bagi mengelakkan serangan anai-anai.
Antara Faktor Yang Menyebabkan Serangan Anai-Anai
Jangan terlalu yakin sekiranya rumah anda sepenuhnya diperbuat daripada simen atau konkrit, kerana anai-anai masih boleh membuat sarang di ruang pendawaian elektrik dan corong paip. Walau sebanyak mana pun rumah kita diperbuat daripada simen, ia pasti akan merekah. Malangnya, anai-anai hanya perlukan rekahan selebar kad bisnes yang tipis sahaja untuk mendapat akses ke dalam rumah anda.
Penghawa dingin juga berisiko tinggi untuk diserang dan menjadi pembuka laluan untuk anai-anai. Hal ini kerana penghawa dingin mengeluarkan air dan menjadikan kawasan sekitarnya lembab, seacara tak langsung menyediakan tempat pembiakan yang selesa dan bertaraf lima bintang untuk anai-anai.
Selagi rumah anda terdapat kayu sama ada dalam binaan atau perabot, selagi itu ia menjadi restoran untuk anai-anai. Maka selagi itulah ancaman anai-anai masih ada, kecuali anda berikhtiar dengan menghapuskan anai-anai dan menghancurkan koloni mereka di dalam rumah atau tanah sekeliling.
Lindungi Rumah dan Keluarga Anda!
Serangan anai-anai perlu dikesan seawal mungkin supaya rawatan boleh dibuat segera. Apabila dibiarkan, semakin tinggi kos penyelenggaraan perabot rumah yang rosak perlu dibuat. Sebaiknya, hubungi syarikat penghapus serangga perosak seperti Entohygiene untuk atasi masalah kerosakan akibat anai-anai dengan lebih menyeluruh.
Di Entohygiene, kami menggunakan kaedah racun dan umpan anai-anai kerana teknik ini dijamin berkesan dan selamat sama ada semasa pra-pembinaan sesuatu bangunan atau ketika merawat rumah-rumah yang diserang anai-anai
Kami telah merawat lebih 100 rumah dan kilang yang mengalami pelbagai masalah serangga perosak. Anda akan mendapat kelebihan tersebut melalui perkhidmatan Entohygiene:
- Tidak perlu tebuk lantai
- 100% berkesan
- Waranti sehingga 3 bulan
- Berpengalaman lebih 8 tahun dalam bidang serangga perosak
Kami sedia membantu anda menyelesaikan masalah anai-anai yang boleh membawa padah.